Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 30, 2013

ring oh ring


pada hari yang mulia ni,aku ingin berkongsi cerita sadis tak sadis sangat iaitu;

pasal cincin risik.

untuk pengetahuan semua, sejak aku kenal encik suami, aku telah berjaya memperoleh 3 benda yg diperbuat daripada emas iaitu cincin merisik, cincin tunang dan gelang tangan. hehehe.. pada awal pernikahan aku dengan bangganya pakai semua benda tersebut pergi lab, saja nk bagitau satu dunia, "weh korang, aku dh berpunya woii" hahaha. tapi tulak dia tuhan kata jangan riak takbur.. trus kat dunia dah ditunjukk.. sobbss.. benda 1st xbest berlaku adelah pada cincin tunang ku yg berbatu 5.. sbb tetiba je batu tinggal 4.. ntah bila masa dia tanggal aku mmg xdpt nk pk lgsung.. aku malas nak carik sbb dhle kecik bebenor.. so aku decide letak jelah cincin ni dlm kotak, malas pakai dah..  tak lama lepas tu jadi pulak kat gelang. masatu aku tgh buat culture (micro punye benda).. tengah tangan aku gerak2 tetiba leh plak tersangkut kt celah kebuk wasap tu (ya allah ape english word dia lupe lak xpenah2 dibuat org lab panggil kebuk wasap..haha).. pastu aku tertarik tangan aku.. maka.. tusssss.. sekelip mata putus. maka bye2 gelang, boleh lah kau teman cincin tunang dalam kotak ye.. maka, tinggallah cincin risik je melekap kat jari manis ku.. ehemm..

pada hari ini pule, (eh panjang plak cerita dah next paragraph ni.. haha)... tengah syok2 aku denga talk pasal Salmonella, iaitu sejenis bacteria yg bole merebak melalui tahi, dan tengah Dr tu cakap pasal pakai cincin dlm lab dan terkena tahi dan pastu kalau balik rumah x basuh tangan seterusnya makan tak basuh tangan pulak tu, masa tu lah aku perasan.. ehhhh mana cincin gua nihhhh??  apelagi..macam org gila le aku selongkar tong sampah. bos siap buat lawak hampeh.. "patut i pelik apsal housekeeping pakai baju cantik sngat rupanya u!" hahaha.. (hampeh x bos gua, sbb housekeeping ada uniform dia).. aku plak bgtau rakan sekerjaya yg tadi masa amik wudhu ada lagi cincin tu.. carik punya cari daripada tak fedap menjadi fedap. lepas aku dh geledah semua tong sampah (dlm lab, toilet, surau).. not forget to mention, dlm lab sume adelah biohazard bin ye puan2..soobbss.. last2 aku kol encik suami suh carik kat umah je mana tahu aku lalai.. terjatuh masa mandi wajib pagi tadi ke apa kan.. pastu aku smbung kerja la memandangkan dah sejam aku buat company ni macam ayahanda aku punya je, xbuat kerja pastu sibuk selongkar sampah.

tak lama lepas tu encik suami yg best ckp die dh jumpa cincin tu wahahahaha!!.. maka dengan ini aku berazam takkan pakai cincin tu pegi lab dah sekaligus takkan bgtau cincin tu kt umah sebnanye.. kah kah kah.. sbb banyak kali gak dorang tanye sure ke cincin tu xter tinggal kat rumah? tp aku dengan keyakinan tahap dewata, asek ulang ckp masa solat tadi ade siap cakap masa doa tu aku rasa mcm ade belek2 cincin tu.. (nampak sangat aku khusyuk sangat doa smpai xprasan cincin tu takda.. wahahaha).. dahh la ade yg siap tolong selongkar biohazard bin angkara terpedaya dengan keyakitan aku tersebut.. kalau dorang tahu ni.. mmg nahas aku!! hahahahaha

baik itulah sahaje cerita arini.. moral of the story, dont over confident. kbai!