Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 3, 2014

hanis sofea ayah dan ibu :')

Tanda tanda

malam 25 Nov 2013,  keadaan aku adelah sangat dasat. aku sakit kepala yg amat. err.. xdelah yg amat sgt. tapi sakit yang tak berhenti. sebelum ni Doc kata aku kena PIH (pregnancy induced hypertension). okay, bahasa melayu dia, darah tinggi semasa mengandung. normal menyerang org mengandung, tetapi hakikatnya bahaya.boleh mengundang maut kepada ibu dan bayi dlm kndungan. sbb tu masa memula aku tau aku ada hypertension, aku macam, ya Allah, ujian apakah ini! siries aku takut. lepastu pulak, makin lama blood pressure aku macam asek naik je, aku betul2 berharap dapat lahirkan wiwe cepat2.. walaupun aku tau, kalau lahir awal, mmg akan dikira premature. bg aku, 'premature je kan, bukan apa apa'..... tapi..
 
okay, smbung cerita, sory kali ni aku taknak cerita pendek2 macam slalu, takmau pointfom, aku nk cerita sepanjang2 yang boleh, setiap perasaan aku, setiap benda yang jadi, SEMUA. ok, masatu Doc dh pesan dekat aku supaya watchout symptoms2 yg bahaya semacam pening, loya, mata berpinar, pedih ulu hati. tu adalah tanda2 pre eclampsia/ eclampsia. ala, engkau google je la kalau curious sgtsbb mmg malas gila aku nk explain. haha.. dengan erti kata lain, aku akan passout, sawan dan entah apalah nasib aku kalau kena. so far aku cuma ade sakit kepala sikit2 aje, aku x google sangat kalau kena yg lain tu nnt apajadi, sbb denga boleh kena sawan je pn aku dh rasa scary gila, maka aku betul2 banyak berdoa smoga aku xkena sawan. (alhmdulillah, tuhan perkenan doaku)
 
ok berbalik kepada malam tersebut, err.. maksud aku malam aku pening kepala gila tu. malam tummg aku rasa semacam, semua symptom tu jadi! sakit kepala, loya, pedih ulu hati, mata kabur. bayangkan! masatu mmg aku takut gila kalau kena sawan. last2 aku duduk bawah shower dengan harapan aku bole ok.. aku pk, kalo x ok mmg kena g hosp la kang x pepasal aku kena sawan naya je. tp dengan izin Allah.. lepas duk bawah shower tu, aku rasa macam ok sket. tp sumpah xbrani lgsung nk tengok blood pressure masatu.. takut pengsan terkejut pula kang.. hehe

Kena tahan

esoknya (26 Nov 2013), aku n suami pegi Hosp Selayang sbb mmg ade appoinment. haritu kira dh lebih kurang sebulan la drpd aku kene warded sbb darah tinggi kt sini. tu kira Doc nk review BP aku. aku tetap sakit kepala lagi haritu. cuma masatu xde dah loya, kabur n heartburn lagi dah. tp masa nurse panggil nak check bp.. Omak kau! 219/125 kot! nk tepengsan aku. nurse smpai tejerit2 panggil kawan dia. beberapa kali gak r dorang check BP aku, daripada guna digital machine, smpai manual. trus aku kena masuk PAC (aku lupa nama pnuh dia.. tp mcm emergency room utk kes2 labor la lebih kurang). masatu lebih kurang pukul 12 pg. lepastu dorang monitor bp aku beberapa jam tp x turun2.. last2 aku trus warded, baru je masuk ward, datang sorang Doc lelaki check aku. nampak muda, aku rasa budak housemen. check smbil geleng2 kepala. masatu bp aku 190/125. lepastu datang specialist (kot, tp nmpak muda juga). nama dia Doc Marina.  aku tau pn sbb dorang asek panggil2 nama dia. Doc Marina la yg trus suh aku emergency cizer. masatu macam sangat kelam kabut. aku nangis. honestly, seblom tu aku tak takut langsung nk masuk OT. seblom tu aku xrisau pun kalau wiwe premature sbb bagi aku skang mmg agakbyk kes premature delivery and most of them successful n baby n mommy pn survive n aku pk iAllah aku n wiwe pn akan survive.TAPI. haritu aku terlalu sedih. dan takut juga. kalau seblom ni akuslalu doa smoga wiwe slamat, tp haritu aku doa smoga aku jugak slamat. tak tahu kenapa tetiba tamak. kalau seblom tu aku cuma harap boleh lahirkan wiwe, masatu aku harap aku boleh tengok , pegang, dan besarkan anak aku. maka tak putus2 aku doa smoga aku dan wiwe slamat 
 
masa berlalu macam terlalu pantas masatu. lepas doc marina kelam kabut suh nurse sediakan aku tuk masuk OT, nurse pn siapkan aku. selak segala aku pn dh xde pasaan masatu.. nasib baik la aku bukan jenis bela hutan (wahaha). lepastu dorang tunggu BP aku turun dulu, sementara tu dorang bg ubat secara IV. BP aku agak degil tak mau turun, smpai nurse suh aku tido n tak kasi aku main hpdan sembang dengan suami. akhirnya, masa bp aku kalau xsilap, lebih kurang 130/90, aku masuk OT pukul 11 mlm. Lama kan kiranya? drpd 11pg dorg check BP aku tinggi tu, 11 mlm baru masuk OT. tp aku rasa kejaaappp sgt. 
 
 in the OT 

kena bius separuh badan. doc yg bedah Doc lelaki, Dr firdaus, dan seorang doc pmpuan,tak tahu nama.anesthetic pon pompuan. tak sakit tapi rasa beb! masa die kuarkan wiwe t terasa macam die err renggut. ye, tu word yg susuai, renggut. maknanya tarik secara kuat smpai aku yg dh kena bius ni boleh rasa. sebelum tu start operatin mmg air mata aku dh mengalir2 dah. bukan sebab takut. bukan sebab sedih. bukan juge sebab gembira. nk kata sakit, tak sakit. tp nyilu yang amat sangat kot. smpai kuar air mata. lepas doc tu renggut td, aku dengar suara wiwe menangis :) tp aku belom sikit pn rase lega sbb tak tahu apa nasib dia. lepastu aku denga doc firdaus ckp "cepat tekan" pastu doc pompuan tu tekan perut aku beria, (aku nmpak dia sikit2 sbb terlindung) tp xsure bahagian mana yg dia tekan sbb masatu kebas, tak rasa. serta merta aku muntah. air mata aku mengalir mmg tak henti. tapi semua ni berlalu pantas aje. 1130 mlm baby kua. tp aku suka doc tu, sbb masa operate tu, xhenti2 dia sebut bismillah bismillah.. :) alhmdulillah.. lahirlah cahaya mata kami yg pertama.. syukur alhmdulillah ya Allahh :')

after the op, labour ward

aku tanya nurse, lelaki ke perempuan. nurse ckp baby girl. aku dh agak. aku xsabar nk jumpe wiwe. doc pn, xtunjuk pn kat aku baby. mungkin dia takut aku pengsan kot tgk baby bedarah2. pastu dorang kan nk cepat2 hantar pegi NICU. kat sini ade sorang nurse yg jaga. dia la yg uruskan aku tukar pad segala. aku mmg rimas gila lepastu pulak kebanyakan doc yg check sume pon lelaki. aku tak salahkan dorang, aku tau dorg profesional,  cume aku rasa segan sket la kan. mau xsegan. huhu.

ward 5A

BP aku semacam degil gak. turun naik. bila turun, aku pegi ward biasa, bila naik aku masuk labour ward balik. tensen. aku kena tahan agak lama (biase 3 hari, aku kena seminggu) sbb doc xleh decide nk treat aku mcm mana. 1st few days aku xleh tengok wiwe langsung. aku cuba utk tak stress dan tak nangis. sbb kalo Bp aku high, mmg lg lambat aku nk jmpe wiwe. 
 
 

masani tough ok. sedih sangat2 apalah nasib wiwe kat NICU, ok ke x?kalau ok, how ok?kalo critical, how critical? paham ke maksud aku tu? hehe. suami ckp wiwe nmpak kecik. paling kecik antara semua baby. sedih tak dpt tengok. tp at last, Doc bagi pegi tengok jugak  masa Bp ade sedikit ok :)


tengok status pn dh tau hepi sangat. dah ghope org gila dh aku.. actually bagi aku wiwe takdela kecik sgt. aku bayangkan lebih kecik dn kedut2.. tp wiwe xsekecil tu dn kulit cantik, alhmdulillah.. comel sgt anak ibu :) masatu decide nk namakan Hanis Safiyya. aku suka nama anis, suami pilihkan nama blakang, pastu tambah H kt depan, sebab Hanis kedengaran lebih lembut, katanya :) 

discharge

aku fikir nk cepat2 klua wad sbb dh rimas duk dlm wad. tapi bila balik rumah, Anis plak takde, rasa nk meroyan sangat, nasib baik tak bebetul meroyan. mcm aku kata, aku tahu apatu premature n aku tahu kalao baby premature mmg akan kena tahan dekat NICU, and all the risk n complications yg bole jadi. i am aware. TAPI. aku silap. PENANTIAN TU SATU PENYEKSAAN. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. i tot it was going to be easy, tp seksa beb. i cried almost every night. no. mmg every night. takda hari pn yg aku ingat aku x nangis dn boleh masuk tido dengan tenang. memula ok la sbb pk tunggu berat anis cecah 1.8 je.


masani anis dh bole kuar ICU, aku boleh stay sane untuk direct breastfeed. anis 1.6kg+. hepi sangat. 1st time bole peluk anis, dokong anis. sedut bau anis. comel sangat anak ibu. baju ward dh macam jubah dh sebab besar. comel sangat tapi xboleh amik gambar :( tapi kejap je.. baru 2 hari, anis pn baru nk blaja direct bf sikit2.. tiba2 aku dikejutkan dengan berita lung anis collapse. doc ckp dia x bernafas tadi. aku menangis menangis macam gila. masa ni down sgt


lepastu Doc ade cakap jantung anis pn ade problem gak. PDA (google la kalau rajen sbb aku lupe dh nama pnjang dia). actually bagi aku yg sentiasa positif dan bersangka baik dengan tuhan , aku rasa keadaan ni xsiries.. iallah akan baik.. cuma mmg amik masa lung collapse tuk recover, pulak tu ade PDA skali.aku tak cerita sangat dekat org lain n family pasal complications ni.. sbb aku sndri tgh kumpul kekuatan, aku rasaaku akan lebih fragile kalau cerita dengan org. jadi tulah yang aku doa siang malam. smoga anis cepat smbuh, dn mmbesar dengan sihat. wpun rasa sakit sangat dalam dada ni bila berjauhan, tp bg aku, biala anis bebetul sihat baru aku bawak balik rumah. dekat NICU anis di monitor 24jam, aku rasa lebih yakin bila dia kat sana buat masa ni iAllah. apa yang aku n suami boleh buat sekarang ialah, bersabar,dn berdoa banyak2. 


pejam celik pejam celik. dh sebulan dh usia anis. alhmdulillah. masa masuk balik ICU haritu, anis pakai ventilator sehari. nasib baik sehari.xsanggop nk tengok dia pakai. nmpak xselesa n kesian sgt dekat anis. benda tu tubing yg masuk kat tekak so anis mcm asik tnjuk muka nk temuntah je..sian dia. hari kedua dorang dh tuka, pakai apetah... tp bukan la support breathing anis 100%, die cume bertindak bila lungs anis lupa nk benafas je. mcm tula lebih kurang. so far nmpak anis ok. senyum2 slalu masa tido. manis, cantik sangat anak ibu senyum . betullah kate lagu yang when u smile the whole world apekejadah tah.. lupaplak aku.. tp mmg bila nmpak anis senyum2.. aku bahagia sangat :D tak pernah rasa sebahagia ni. 

jadi ni lah yg aku dn suami buat sekarang, tunggu dengan sabar dan berdoa. bagi pihak aku, aku rasa aku sebnanye tak ok sgt emotionaly,aku boleh tengok maharaja lawak n sembang2 n gelak kah kah mcm takde ape. aku boleh gurau senda dengan suami mcm biasa. aku dh siap pegi shopping n lepak2 ngan geng2 siap. mcm xde ape. tapi malam seblom tido, aku akan nangis mcm gila. ko rasa aku saiko x? haha. aku cuma harap aku x meroyan udahle. Iallah, tak lame lagi anis dh boleh kua.. amin..

 

anis sayang. ni gambar masa anis 12 hari.curi2 snap sbb dh tak tahan sgt. hehe..  masatu anis dalam incubator lagi. kebanyakan masa bila aku dtg, anis tido. kadang2 aje tgh jaga. anis minum guna tube kt mulut dia tu. nurse bagi aku pegang tube tu masa feeding. anis xminum susu formula langsung. nurse cakap badan anis takleh tolerate susu formula, bagi trus muntah. aku harap susu aku cukop utk anis.


ni masa anis sayang 22hari :) aku berjaya snap masa anis senyum hoye!!! masani still dlm incubator, comelnyaa anak ibu... bila bole gomol ni.. senget pampers anis, aku punye kerja la tu. haha.. masa nurse memula suh aku tuka pampers, i was like... alamak cane ni..tak penah tuka pmpers baby seumo idup! haha.. tp berkat kehebatan aku jeling2 mak org lain n ingatan aku terhadap masa dulu2 arwah mak tuka pampers ame, last2 pandai gak r..hahaha.. mmg lawak. seblum tu aku duk sibuk search youtube cara mandikan baby, cara agah baby segala.. tak ter search plak cara tuka pampers haha..

oh btw, suami dh pegi register anis dah :))

 
HANIS SOFEA BINTI JALUDDIN. setelah consult ngan pakar bahasa arab (tq ummi tuan! hehe) maka ktorg tuka safiyya kepada sofea :) smoga mnjadi anak yg solehah anak ibu. amin.